Sunday, February 6, 2011

The Real Taman Rashidah Utama

- Entri kali ni aku selitkan cerita di sebalik tajuk lagu Taman Rashidah Utama yang sememangnya top masa zaman rock 90'an dulu,yang dipopularkan oleh Wings dan bagi aku bolehla dikategorikan sebagai malar hijau sebab sampai sekarang dengar tak jemu2 kot!rasanya ramai yang kat luar sana tak tahu atau pun tahu bahawa sebenarnya Taman ni memang wujud dan didedikasikan kepada seseorang yang dah tentula perempuan,takkanla korang yang berjanggut tu kot!buang air je..hehe..
-Pada mulanya dulu aku pun tak tahu pasal taman ni..sehinggalah pada suatu hari,cewahh..ayat!aku pun terpandanglah kat signboard tepi jalan nak masuk ke taman tu..dalam pale aku..aikss???ni tajuk lagu ni..so aku pun xdela amik port sangat mende2 remeh macam ni..tapi adela lagi satu hari tu aku tertontonla rancangan bual bicara bersama artis,tak silap aku stesen TV kerajaan,antara artis yang diundang,Bob Lokman&family dia,yang lain tu aku tak berapa ingat,dalam banyak2 soalan tu aku tertarik dengan satu soalan mengenai tajuk lagu,apalagi kalau bukan Taman Rashidah Utama,so dari situ hos pun bertanyakan soalan pada Bob Lokman dari mana datangnya idea untuk menghasilkan tajuk lagu tersebut,jadi dia pun ceritala..rupa-rupanya masa tu Bob ni baru je sampai kat Negeri Sembilan untuk bekerja,almaklumlah baru je sampai dari kampung,dan tak silap kerja kilang rasanya,besela kalau dah namanya kerja kilang mestilah naik bas,ternampakla si Bob ni akan sigadis yang tengah menunggu bas kat bus stop,berputiklah cinta pandang pertama,menurut Bob lagi dia adela usha2 pegi rumah budak perempuan ni,siap approach lagi ngan orang tua budak perempuan ni,betul2 gentle si Bob ni..tp apakan daya masa tu sigadis masih dibawah umur,sekola lagila Bob!hihi..masa tu Bob ni memang dah betul2 jatuh hati dengan budak perempuan ni..tapi disebabkan faktor umur yang jadi penghalang maka jodoh diorang sampai kat situ aje,


-Finally terhasillah lagu ciptaan Bob yang diinspirasikan dari Taman tersebut dek kerana cintanya yang tak kesampaian,mesti korang nak tahu kan siapa perempuan yang dimaksudkan tu?Bila tanya kat Bob bukan main malu nak jawab,mahu tak family dia pun ada kat situ,tapi sporting gak,jadi dia pun bagitahu perempuan tu ialah A.Aida,kalau tak silap bekas bini Ameng Spring..so sekianla untuk makluman korang,aku sekadar menyampaikan..Enjoy lagu Beb!!!!Sebelum terlupa lokasinya kat Negeri Sembilan area Senawang jalan menuju ke Stadium Paroi..

No comments:

Post a Comment